Thursday, November 8, 2012

Ingin Sukses? Jangan Jadi Penonton

*             Bagaimana hendak berjaya dalam bidang bisnis ataupun karier?
*          Perlu memposisikan diri sebagai pemain utama, bukan penonton. Ditempat kerja, rumah dan kehidupan masyarakat.
*         Apa kesan kalau kita berjaya memposisikan diri.
*         Perbezaan pemain utama dengan penonton.
*             Contoh : David Beckham pemain bola sepak pasukan England. Dalam satu perlawanan, Beckham dikenakan kad merah dan menyebabkan pasukan England tersingkir pada kejuaraan dunia. Seluruh penonton dan penyokong memakinya. Namun, yang sebenarnya adalah pemain tetap memperoleh bayaran, sedangkan penonton tidak mendapat apa-apa.

Anda menjadi ahli dalam satu jawatankuasa dalam suatu majlis. Adakah anda menjadi pemain utama atau sekadar menjadi penonton. Adakah anda hanya memberi kritikan-kritikan di belakang sahaja. Kalau majlis Berjaya, anda mahu tumpang nama. Hanya nakkan sijil sahaja dan akan bising kalau tak dapat.

*            Apabila ingin berjaya, Anda harus menjadi pemain, menjadi pelaku. Anda yang harus melakukannya sendiri, jangan wakilkan kepada orang lain. Jangan jadi penonton.
*            Ketika diberikan tugas/tanggungjawab, Anda harus berusaha dengan keras menyelesaikannya dengan hasil yang terbaik.
*           Bukan mudah menjadi pemain. Jangan banyak komen tanpa melakukan sesuatu, sehingga anda kehilangan posisi dan pekerjaan.
*             Mengapa belum sukses, berhasil, dan belum bermakna untuk orang-orang di sekitar? Sebabnya, kita hanya fokus pada diri sendiri dan kepentingan diri.
*            hidup itu bukan hanya fikir tentang diri sendiri. Perlu fikir juga tentang orang-orang yang kita cintai, tentang agama yang kita anuti, orang-orang di sekitar kita, bangsa dan negara di mana kita hidup.
*           Tidak hanya berpikir dan berjuang untuk diri sahaja, tetapi perlu memiliki kepedulian dan semangat tinggi menjadikan hidup semakin bermakna dan bermartabat.
*           Ibarat magnet yang mampu menarik hal-hal positif di sekitarnya, ia punya kekuatan, pengaruh kuat di dalam kehidupan bermasyarakat.
*           Ibarat motor, yang boleh menyalakan lampu, menghidupkan sesuatu yang sudah mati sehingga mampu menerangi sekitarnya.

No comments:

Post a Comment