Thursday, November 8, 2012

Apa Kata Orang

Kisah Lukmanul Hakim dan anaknya ketika menunggang keldai ke pasar

Kes 1 : Ayah naik keldai dan anak berjalan menarik tali keldai.

Apa Kata Orang? “Tak guna punya orang tua, anak kecil disuruh berjalan”

Kes 2 : Anak naik keldai dan ayah berjalan menarik tali keldai.

Apa Kata Orang? “Kurang ajar punya anak, ayah disuruh berjalan”

Kes 3 : Ayah dan anak sama-sama berjalan menarik tali keldai.

Apa Kata Orang? “Bodoh punya orang, ada keldai tak nak naik”

Kes 4 : Ayah dan anak sama-sama naik keldai.

Apa Kata Orang? “Tak ada timbang rasa punya manusia, adakah patut keldai kecil naik sampai 2 orang”

Kes 5 : Ayah dan anak mengikat kaki keldai dan mendukong keldai.

Apa Kata Orang? “Gila punya orang, adakah keldai didukong”

*         Lumrah manusia, suka mengata, walaupun kebaikan yang kita lakukan.
*         Kalau kita melakukan kebaikan/kebenaran, janganlah berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung haraplah kepada Allah.
*         Apakata kalau keldai tu bagi saja kat dia orang? Tentu gembira atau tetap berkata, “kalau nak bagi, bagilah yang besar sikit”

No comments:

Post a Comment