Kes 1 : Ayah naik keldai dan anak berjalan menarik tali
keldai.
Apa Kata Orang? “Tak guna punya orang tua, anak kecil disuruh berjalan”
Kes 2 : Anak naik keldai dan ayah berjalan menarik tali
keldai.
Apa Kata Orang? “Kurang ajar punya anak, ayah disuruh berjalan”
Kes 3 : Ayah dan anak sama-sama berjalan menarik tali
keldai.
Apa Kata Orang? “Bodoh punya orang, ada keldai tak nak naik”
Kes 4 : Ayah dan anak sama-sama naik keldai.
Apa Kata Orang? “Tak ada timbang rasa punya manusia, adakah patut keldai kecil naik
sampai 2 orang”
Kes 5 : Ayah dan anak mengikat kaki keldai dan mendukong
keldai.
Apa Kata Orang? “Gila punya orang, adakah keldai didukong”
Lumrah manusia, suka mengata, walaupun kebaikan
yang kita lakukan.
Kalau kita melakukan
kebaikan/kebenaran, janganlah berubah hati hanya kerana mendengar kata-kata
orang lain. Yakinlah dengan diri sendiri dan gantung haraplah kepada Allah.Apakata kalau keldai tu bagi saja kat dia orang? Tentu gembira atau tetap berkata, “kalau nak bagi, bagilah yang besar sikit”